AbOUt mE~

My photo
Annyeong-haseyo :) :: korang korang ! thank you sebab jadi followers :) ,dah jadi followers tuh rajin lah tegur aku kat fb , okay by the way nice to meet you :D :: kalau kau nak IM aku , guna bahasa BM betul betul , NO REMPIT kau rempit dengan aku ? memang aku tak kan layan lah kan ? terbelit lidah aku nak baca ayat rempits . :: sorry , aku tak kejar hot , sebab neraka lagi hot :) hee :: tak layan IM kau ? maybe aku busy , thanks sebab faham :: fanatic korean , not justin bieber at all :) :: sorry btw sebab ayat terlalu kasar , :D :: kamsahamnida :)

Wednesday, February 2, 2011

sEjAk akhU mEngEnAlmU..

Sejak aku mengenalimu
kuntum – kuntum bunga
di laman hati
beraroma dengan wangi
menjinakkan kegusaran
yang bertahun – tahun
hidup di rimba keharuan.


Aku ingin mengenali
seluruh daerah hatimu
ingin meneroka jalan
tanpa simpang dan liku
kerana di situ hatiku
akan bermukim
sehingga tamat
seluruh musim.


Sejak mengenalimu
semua pintu mula kubuka
agar kau yang pertama
sudi memasukinya
dan aku sudah
menyusun berhias
mesramu di setiap
ruang dan bahagian
agar lebih akrab
saling sayang menyayang
dengan kepercayaan.


Sejak mengenalimu
kudepa seluas langit
agar kau bisa
rasa dengup jantungku
yang tak pernah berhenti
dengan berharap.


Terima kasih..
rela aku mengenalimu.

1 comment: